BYE 2014 HAI 2015

01 January

>_> Tahun baru kami.. <__<

di awal pagi ni aku muncul tanpa di sengaja kan hihihi *Pukul 11.01am
tajuk pun tahun barukan so ceritanya semua pasal azam,
azam tahun baru, azam jiran, azam mak jemah, azam nak kahwin, 
azam... azam... azam... 
so tak paya baca pun orang tau, 
tapi dah alang alang buka tolong lah baca penat den taip, 

Untuk muka surat yang baru ni. 
Aku rasa. Aku nak berhenti. 
Berhenti jadi manusia. 
Bukan la maksudnya lepas ni aku nak jadi kambing ke apa. 
Aku nak jadi Cikfika yang lain dari yang biasa. 
Jadi seorang yang ternyata lebih berguna. 
Kembali menjadi seorang yang menepati masa. 
Masa makan. Masa tidur. Masa untuk bercinta. Itulah masalahnya. Hmm. 
Kembali jadi seorang yang produktif. 
Bukan produktif menghasilkan tahi mata semata mata. 
Untuk muka surat yang terakhir. 
Of course la ramai orang bercerita pasal azam. 
Azam tahun baru mereka dan bla bla bla... 
Untuk suami sesapa yang nama Azam. 
Aku tak minat nak ambik tahu. 
Malangnya, aku punya azam tu wujud time 1hb ja. 
2hb aku dah kelaut. Lupa. Tak sengaja. 
Tapi betul tau. Umur 22 rasa loser gila tak ada azam. 
Jadi aku berazam, Kalau aku tak boleh penuhkan azam aku sendiri. 
Aku bercadang nak penuhkan azam mama aku.
 For sure lah azam sorg mak ni tak lain tak bukan 
nak tengok aku kahwin and ada rumah sendiri Cewahh. 
Untuk muka surat yang terakhir, 
Aku ada banyak cerita nak diceritakan. 
Maklumlah. Tipikal perempuan 
Tapi tahun 2014 ni memang tahun yang paling banyak rahsia. 
Paling banyak cahaya. 
Paling banyak musibah dan ujian melanda 
Paling banyak hint yang Allah bagi kita. 
Sama ada kita nampak. Atau buat buat buta. 
Dalam qalamnya dah lama bercerita. Kita yang malas buka. 
Kita yang pekakkan telinga. Kita yang tak nampak pahala dosa. 
Jadi tak kan 2015 kita semua, 
Masih kita yang sama? Tepuk dada. Uhukkkk. 
Tanya iman. Tanyalah ustazah.


berita hari ini!! dua trowong dilihat di klcc :p


kasih muahh sikittt :3


nak juga menyelit orang sebelah tuu :)

muka cekodok saya :')

Muka surat yang terakhir. Buku yang cukup menceritakan suka duka. Memberi pengajaran. Memberi kesimpulan bahawa hidup perlu diteruskan.

You Might Also Like

0 komen budak comel

Like us on Facebook