MENGENALI SIAPA RAISYYAH RANIA YEAP ?

26 August

*p/s : huruf2 dalam entri nie adalah copy & paste*

hyep peeps :) whats up ? dah lama rasenye tak update entri meraban lagi merapu. -.- 
Cerita je panjang nak mati. Aku ni kan kalau bercakap face to face dengan orang, 
kalau boleh sekali bercakap tu patplohlimaribu patah perkataan 
sekali nak keluar dari mulut.. gelojoh!! kalau up cerita kat blog pulak panjang berjela 
macam keretapi ekspress senandung malam buat orang menyampah nak baca sampai habis.. hahahahahaha.*tapi masih mengamalkan sikap blog aku suka hati aku

ehhhh ehh hari nie tetiba aku gigih nak menaip 
sambil satu lagi tangan dok ready kat 'backspace'. hihi.
#siyesly, menaip camni menguji kesabaran aku . grrr~ 
okey okey okey
tak nak banyak merapu lagi, mari kita teruskan cerita ini,
bukan tentang aku, no no no *sambil jari telunjuk digoyang2 ke kiri & kanan
tapi cerita tentang 


Raisyyah Rania Yeap atau Felixia Yeap

Untuk lebih mengenali dia, melawatlah ke :
Blog : Felixia Yeap's Official blog  
Facebook : RaisyyahRaniaYeap
Instagram : Raisyyahrania
Twitter : FelixiaYeap

Rasa seronok bila puas stalker Raisyyah Rania di laman facebooknya tadi
bukan disebab kan beliau cantik *tapi memang cantik pun kan tapi di sebab kan perubahan dia terhadap islam, mesej2 yang menarik yang di kongsi kadang kadang cukup bermanfaar untuk orang lain.

okey sebelum tu jom kenali dia dulu,
Nama sebenar beliau adalah Felixia Yeap Chin Yee. Dilahirkan pada 3 Julai 1986 di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Ipoh, Perak. Felixia Yeap merupakan warganegara Malaysia berbangsa Cina yang juga seorang model profesional yang pernah menghiasi majalah terkenal 'playboy', FHM dan banyak lagi.

Peragawati cantik jelita yang sentiasa menjadi  topik bualan hangat di mana-mana. Bukan disebabkan model jelita ini pernah tampil dalam majalah Playboy edisi Filipina, dengan baju renang yang menghairahkan tetapi kerana Felixia Yeap tampil di khalayak dengan pakaian muslimah bertudung, walhal dia sendiri ketika itu masih lagi seorang free thinker (tanpa agama). Kontra dengan apa yang difikir dan dilabel oleh orang ramai sebelum ini. Kisahnya menjadi cerita sensasi di mana-mana, baik di media arus perdana, malah di dunia blog Malaysia.Segalanya bermula di awal Januari tahun 2014, ketika model cantik ini tampil dengan gaya muslimah yang memikat dan memukau. Ramai yang seolah terpikat dengan penampilan terbaru Felixia Yeap, sehingga mendatangkan cemburu pula pada sesetengahnya. Dek kerana penampilan serba kontra dengan sebelum ini yang lebih berimej seksi, ghairah dan mendedahkan, ada yang mencemuhnya dan memberikan komen-komen yang kurang manis kepadanya.






Dari apa yang aku baca, Felixia Yeap, model berbangsa cina ini sebelumnya adalah seorang guru tadika. Kemunculannya di dalam pentas peragaan dan dunia modeling bermula apabila berjaya menjadi peserta akhir Dewi Remaja, yang ketika itu dimenangi oleh Scha Al-Yahya, yang kini seorang pelakon, model dan pengacara TV. Jika tidak silap saya, ia berlaku sekitar tahun 2005. 

Kemudian, nama Felixia Yeap semakin dikenali apabila muncul dan menang dalam beberapa pertandingan ratu cantik.
Miss Chinese World Malaysia (2006)
Miss Malaysia Tourism (2007)
Miss Malaysia World (2009)
Miss Universe Malaysia (2010)




Felixia Yeap seorang blogger. Dia menulis mengenai kisahnya di blog. Dan kisah mengenai dia memakai hijab juga diceritakan kepada semua pembaca dan pengunjung blognya. Ramai yang terkejut dan ada yang mencemuh bekas ratu cantik ini apabila mengenakan tudung dan berpakaian lebih sopan daripada wanita muslim yang lain. Walhal niat untuk bertudung telah lama ada sejak dari tahun 2013 lagi.

It was a blue hijab and I fell in love with it. Then, I had another chance to wear the hijab again when I was hired as a model for a Muslim boutique in a fashion show during the Hari Raya season - Felixia Yeap




Hidayah dan Magis Sehelai Tudung
Saya difahamkan, Felixia Yeap semakin selesa untuk bertudung dan berhijab apabila diberikan peluang menjadi model untuk pakaian muslimah. Dan dari situ, bermulalah satu episod haru biru dalam hidupnya. Ada yang suka, ada yang tidak suka. Ada yang cebik bibir, ada yang tersenyum sinis tetapi ramai juga yang menyokong pendirian tegar dan berani Felixia Yeap dari berani berbukaan kepada berani menutup seluruh badan.

"Sebaik menyarung hijab, hati saya tiba-tiba terusik. Satu perasaan yang sukar saya ungkap menyelinap dalam hati. Betapa besarnya kuasa sehelai kain nipis yang menutup kepala saya mampu merubah kehidupan saya kini. Sungguh luar biasa." - Felixia Yeap

"Secara peribadi, untuk diri saya, saya melihat mengapa saya boleh mendedahkan tubuh, berbikini dan buka sana sini tetapi tidak untuk tutup-tutup dan berhijab?" kata Felixia Yeap dalam satu temuramah.

Allah Maha Besar. 


Dari bertudung dan berhijab, Felixia Yeap, gadis berbangsa Cina tanpa pegangan agama, memutuskan untuk membuat satu perubahan besar dalam hidupnya. Felixia Yeap ambil keputusan memeluk agama Islam pada hari kelima Ramadhan iaitu pada 3 Julai 2014.

Tarikh 3 Julai 2014 dipilih kerana ia simbolik dengan kelahiran dirinya sebagai seorang yang insan yang baru. Ia juga merupakan tarikh sambutan hari lahirnya yang ke 28 tahun.

“I want to be a better person, a better woman. The year 2014 will be the beginning of something beautiful”.



Felixia Yeap Peluk Agama Islam 3 Julai 2014
Hebat dan magisnya apabila seorang gadis tanpa pegangan agama mengenakan hijab. Inilah yang dikatakan hidayah Allah S.W.T. 

Saya akan memeluk Islam pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis),” kata model pakaian Muslimah, Felixia Yeap, ketika menjadi panel jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam - Harian Metro



Semenjak Felexia Yeap memakai hijab, dirinya kerap dihambur beberapa isu yang panas. Namun, apa yang diaturkan oleh Allah S.W.T itu lebih hebat daripada kecaman manusia. Dari memakai hijab untuk satu iklan, dan diberikan ujian oleh Allah S.W.T, Felixia Yeap yang juga seorang blogger ini dibukakan hati mendalami Islam dan nekad untuk mengucap kalimah suci "Tiada Tuhan Berhak Disembah selain Allah, dan Nabi Muhammad itu Pesuruh (Rasul) Allah".

Raisyyah Rania Yeap - Kisah Sebaliknya
Raisyyah Rania Yeap, itulah nama Islam yang bakal dibawakan oleh Felixia Yeap. Nama itu bukan nama sebarang letak, ada kisah di sebalik pemilihan nama itu. 

"Suatu malam, selepas beberapa bulan memakai hijab saya bermimpi. Dalam mimpi itu, saya melihat sepotong nama daripada cahaya yang cukup bersinar-sinar.

"Peliknya, sebagai seorang yang jarang mengingati mimpi, saya bangun tidur dan boleh merakam semula momen mimpi saya.

"Paling ketara ialah tentang nama yang tertulis di dada langit dengan cahaya bersinar-sinar itu buat saya. Apabila saya mencari maksudnya, ia cukup indah," ceritanya bersungguh-sungguh.

Ditebak adakah itu nama yang bakal digunakan sebaik dia memeluk Islam, pantas dalam senyum yang begitu manis Felixia mengangguk.

"Ya, itulah nama Islam saya sebaik saya mengucap dua kalimah syahadah pada Julai ini. Saya percaya semua ini aturan olehNya yang terbaik buat saya. Saya amat bersyukur," ujarnya. - Kosmo Online

Itulah hidayah yang diberikan kepada Felixia Yeap, seorang model yang dulunya beraksi dedah tubuh tanpa segan kini bertudung litup cantik manis tanpa perlihatkan bentuk tubuh. Itulah perancangan hebat Allah S.W.T ke atas hambaNya yang dikehendaki di bulan Ramadhan tahun 1435 Hijriah ini.

Kisah blogger dan model jelita Felixia Yeap adalah antara kisah menarik Ramadhan tahun 2014, samalah juga dengan kisah penghijrahan Neelofa yang kini sudah nekad untuk tampil bertudung dan berhijab.

Antara Enter menarik dari blog Raisyyah Rania yang aku suka kongsi kan

Buat semua kalian pembaca budiman, moga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan sesuatu yang baik untuk kita renungi, khususnya tentang amalan dan kewajipan kita sebagai muslimin dan muslimat.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Maka sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk mendapat hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk menyesatkannya nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah ALLAH menimpa azab kepada orang-orang yang tidak beriman" - ayat 125 Surah Al Anaam.


cantiknya awak raisyyah

P/s : Untuk sesiapa pun tidak perlulah kita memfintah tentang hubungan cinta dia
dengan sesiapapun, cukup lah mengucapkan alhamdulilla sekiranya dia bertemu
jodoh yang mampu membawa dia kesyurga.

Semoga bahagia Raisyyah Rania
untuk gambar di blog awak tu padam lah kalau ada masa key.
saya sayang awak*walaupun awak tak pernah tau
Teruskan berjuang saudaraku





You Might Also Like

0 komen budak comel

Like us on Facebook