SENERAI IDAMAN

12 December


Assalamualaikum..

hye hui..
lama nya aku ignore kan blog ni
behabuk besawang dah 
( sambil lap2 encik ACER )

satu hari ni aku membosan kan diri di dalam bilik mengumpul mimpi-mimpi 
indah yang dah lama tak bersambung
huiiiii bukan main seronok lagi pukul 7 tadi baru terbangun
tu pun sebab teringat kerabu mangga yang aku buat tadi pagi
teliur pulak nak makan
hakhakhak
tolong abaikan yang ni

ok topic mengikut tajuk untuk kali ni SENERAI IDAMAN
yes aku rasa semuah ada buat benda ala ni kan masa singel tapi 
ciri-ciri lelaki/perempuan idaman itu hanya senarai semata. bila kau dah JATUH CINTA, semua senarai tu kau dah lupa. yang kau ingat cuma rasa BAHAGIA"

serius, aku sendiri rasa perkara ni. sebelum ada bf, zaman hidup single lah kononnya, kita akan ada satu senarai di mana bakal bf/gf kita tu mesti ada ciri-ciri dalam senarai tu. panjang pendek senarai tu bergantung la pada tuan empunya badan kan. makin cerewet makin lah panjang senarai kau tu. tapi bagi aku, nak panjang senarai pon tak kesah. nak pilih bf/gf kot, niat nak kekal lama, so takpe la cerewet sikit kan.

tapi sedar atau tidak, bila dah jatuh cinta, bila kau dah jumpa seseorang yang buat kau rasa bunga-bunga, senarai kau tu kau dah buang jauh-jauh. kau dah tak ingat pon senarai kau tu. kau dah kesah dia tu macam mana, yang kau kesah dia mampu buat kau happy senyum sambil tido tiap malam.

senarai yang kau buat tu, kau hanya akan jadikan garis panduan semasa mencari atau memilih pasangan. yelah, takde la bf/gf kau tu lari jaoh sangat dari taste kau kan. bila kau da sayang, dah cinta, semua senarai tu dah tak penting lagi dah.

aku sendiri, melalui pengalaman lepas, aku selalu teringin nak bf yang pandai main gitar sebab bior boleh mainkan lagu untuk aku tiap malam (so ntah-ape-ape), nak bf yang tak merokok, nak bf yang tinggi sebab aku nak ketinggian bakal anak-anak aku terjamin memandang aku ni tak berape nak tinggi dan nak bf yang funny, ada sense of humor. tapi last-last aku dapat bf yang tak pandai  main gitar, yang merokok bersungguh-sungguh. tinggi tu pun tak de lah sanggat tinggi lagi kalau aku pakai heels so terpaksa lah pkai slipar jepun jer. dan dia lah yang aku sayang nak mati. haha. pelik sungguh kan manusia ni? buat senarai dan sendiri yang langgar senarai tu.

senarai adam idaman dan hawa impian ni sepatutnya tidak menghalang kita dari mencari cinta yang sejati. aku percaya, masih wujud cinta sejati kat luar sana. Allah dah ciptakan semua benda dalam dunia ni berpasangan. jadi tak perlu risau lah. anda boleh teruskan senarai tersebut, cuma bila sampai satu saat, senarai itu hanya senarai, bukan lagi kepentingan dalam hubungan antara dua manusia.

jadi kawan-kawan, kalau dah dapat bf/gf yang menepati senarai, cepat ucap ALHAMDULILLAH dan bagi yang masih mencari, GOOD LUCK dan selamat bercinta.


till then, take care. :)

p/s : kepada semua budak PTPLcollege , good luck for ur exam >,<

You Might Also Like

0 komen budak comel

Like us on Facebook