NAK TAK HIDUP DENGAN SAYA ?

20 December


awak,
awak tau tak awak buat saya bahagia?
awak buat saya senyum penuh muka,
buat saya terbang ke langit cinta.
awak buat saya lupa kewujudan lelaki lain di luar sana.
awak buat saya rasa hanya saya perempuan dalam dunia.

awak,
awak tau tak awak lagi manis dari gula?
awak bunuh saya dengan ragam sweet awak semua.
awak buat siang hari saya indah belaka,
buat malam saya penuh dengan gelak ketawa.

awak,
awak nak tak hidup dengan saya?
jadi tua sama-sama,
belek kedut-kedut muka berdua,
besarkan anak-anak jadi orang berguna.
jadi pasangan tua paling sempoi romantik manis gula.

awak,
pegang tangan saya selamanya boleh?
simpan jaga kunci hati saya sampai habis nyawa,
kekal berdua sampai akhir nafas kita.

awak,
saya tak mampu janji kita akan bahagia sentiasa,
tak mampu beri keseronokan dunia,
tapi kalau awak mahu saya, mahu jaga saya,
saya janji, siang malam saya untuk kita,
24 jam saya awak yang punya.

awak & saya
f & f
fahmie & fika
biy & sayang
s a y a n g
a w a k
selamanya



:)


You Might Also Like

0 komen budak comel

Like us on Facebook